Dashboard Analitik Data Bumiputera Malaysia
Data Bersepadu, Analitik Bumiputera, Pembangunan Bermakna
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Ekonomi telah membangunkan Dashboard Data Bersepadu dan Analitik Data Bumiputera. Dashboard ini memaparkan visualisasi data interaktif serta maklumat berkaitan Bumiputera merangkumi tiga dimensi utama, iaitu Dashboard Sasaran PuTERA35, Statistik Sosial, dan Statistik Ekonomi.
Bagi dimensi Statistik Sosial, ia meliputi aspek seperti penduduk, pendapatan, tenaga buruh, profesion, aset dan hartanah, kemiskinan, serta kesejahteraan. Statistik berkaitan ekonomi sedang dibangunkan secara berperingkat dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Dashboard ini memaparkan sembilan (9) sasaran PuTERA35 merentasi tema Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan Bumiputera yang lebih bermakna. Data dan statistik Bumiputera yang dipaparkan adalah berasaskan kepada pangkalan data banci, survei, data pentadbiran pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGOs).
